Friday, August 19, 2011

lewat

saya lewat memberitahu sesuatu perkara...oh tidakk..beberapa perkara sebenarnya..

*mata saya tidaklah bundar seperti header blog nih..kdg2 ia boleh jadi sepet dan kadangkala ia sangat bulat dek kecenderungan saya untuk memiliki mata bulat di dalam gambar..beberapa percubaan menjadi dan track record itu sgt boleh dibanggakan..haha
*dari kecil saya memasang angan untuk berkahwin pada usia 25 tahun,memiliki anak pada usia 26 tahun dan menunaikan haji sebelum 40 tahun.alhamdulilah,tuhan mengabulkan hasrat itu walaupun saya berkahwin pada usia 25 tahun 7 bulan..haha..jadi saya bersyukur saya menemui other half saya dalam lingkungan sasaran itu.
*saya memilih suami saya kerana saya betul2 merasakan dialah yang perlu saya jadikan teman hidup untuk sama2 melayari kehidupan ini.yes....i got the instinct when i first met him and again Allah connects us in a very smooth way..I remember what my lecturer has said before..he's from uganda and trust me,his words are all so beautifully inspired.he is kabuye uthman..about marriage,he once said don't ever let ur relationship without any connection with ALLAH.seek his blessing from istikharah and then HIM let your right way and decision..
*saya sgt emotional..tu adalah antara kelemahan saya.saya terdorong dengan perasaan ini dan selalu menjadikan ia perosak kewarasan saya untuk menilai..saya cuba untuk melawannya dan tidak malu mengaku masih mencuba lagi:(



Thursday, August 18, 2011

kesinambungan perasaan

19th ramadhan..

saya termenung lagi.memikirkan banyak benda yang tidak perlu untuk diserabutkan tapi saya memilih untuk menyerabutkan kepala saya ini..saya akui hubungan saya sesama insan sekeliling makin hari makin tercabar.tercabar dek perkara2 yang terungkit dan terurai lagi.saya tewas lagi.tewas dengan keadaan yang seperti tidak pernah menyebelahi saya.persoalan kenapa yang selalu saya utarakan kini kembali lagi.iman saya sejengkal untuk menjadi insan baik dan bersabar dengan kerenah2 yang mendukacitakan.saya pernah berhadapan dengan situasi ini dan saya pernah memilih untuk lari tapi saya masih bersandarkan pada kepercayaan lalu saya membuat keputusan.semalam saya dicabar lagi oleh seseorang yang saya tidak pasti asal usul dan keturunan.bertindak d luar kawalan dan berlaku sengketa.saya bertabah lagi dan memilih maruah sebagai jalan penyelesaian.alasan kepada kebencian itu sgt memualkan dan saya mencari lagi salah saya.jangan persoalkan kenapa saya bertabah..kehidupan ini sgt memerlukan ketabahan hati dan kecekalan hati saya untuk memendam lagi.saya kalah pada tangisan tapi saya menang dengan kawalan perasaan saya.apabila benda sudah tidak terpendam dan selalu terluah,akan bermaharajalelalah syaitan untuk menghasut.saya tidak segan silu mengaku seringkali menjadi mangsa syaitan itu.

ungkapan maaf sudah menjadi satu kelaziman namun lama kelamaan saya rasa ketidakwajaran.saya mula memberontak namun akhirnya saya menyedari kasih sayang yang tulus ini menghalang semua benda dari terjadi.banyak benda tidak perlu dikesalkan.saya bahagia dan akan terus bahagia..itu saya pasti...semua benda bertitik tolak dari perbuatan.semoga segala perbuatan saya tidak memungkinkan sesuatu yang buruk terjadi.saya pelik tapi saya cuba untuk tidak meluahkan.saya telah menjaga perasaan orang lain sedekad lama,kehidupan hari ini juga adalah ehsan saya untuk tidak melukakan orang lain,tuhan pasti tahu..wahai hati nyahkanlah bisikan syaitan itu lagi.

saya tidak mahu lagi mempersoalkan kedudukan saya di mana dan terletaknya ia.saya pasti ia ada walaupun sedikit:).saya telah mencuba menjadi yang terbaik dan saya sudah tidak pasti adakah ini kesinambungan perasaan saya atupun tidak..saya tidak peduli.saya akan terus mencari bahagia itu.....daaa


Monday, August 15, 2011

jamu???

should i listkan jamu dlm daily regime dietary kah??berpikir smbil kecik2kan mata..

*kalo kurus dlm 15 hari makan,konfem ai beli
*kalo boleh kentalkan kulit,remajakan kulit dlm maser sebulan,ai pecahkan tabung sekarang!!!!
agaga...



jamu mak dara yang gambar "makcik"yg berumur dengan badan langsing kerengga bergetah tuh bagus ker??????hahahaa

my dearest..

I am happy..
happier than before...
happiest when you are around..
dear husband.....

:)

Thursday, August 11, 2011

entri bersifat solehah:)


ISTERI YANG MEMBAHAGIAKAN SUAMI..yeehaaa..copy paste aje

1. Jika anda dan suami sedang membincangkan sesuatu masalah, bercakaplah bergilir-gilir. Jika suami sedang memberikan pendapatnya, dengarlah dengan baik dan bersifat terbuka. Jangan suka menyampuk atau memotong kata-katanya.

2. Kalau suami sedang marah lebih baik mengambil sikap berdiam diri. Bertekak atau menjawab tentu akan menaikkan lagi kemarahannya dan selalunya mereka akan keluar dari rumah untuk meredakan kemarahan. Ada juga yang tidak akan menegur isteri sehari dua. Sebagai isteri, jangan pula anda mengungkit atau mengulang-ulang cerita lama itu. Adalah lebih baik meminta maaf dahulu kerana tidak ada untungnya untuk sama-sama berdegil dan mengikut ego lelaki.

3. Memang sebahagian daripada sifat lelaki suka mengusik wanita. Mereka mungkin ingin bergurau tanpa berniat mengecilkan hati. Begitu juga dengan seorang suami dan ada ketikanya tidak dapat dielakkan usikan itu hingga membawa rasa kecil hati dan sebagainya. Sebagai isteri banyakkan bersabar. Jangan cepat merajuk. Cubalah bersikap dewasa kerana ini membuatkan suami lebih menyayangi. Pilihlah waktu yang sesuai untuk menegur sikap mereka itu dan mungkin dengan cara bergurau.

4. Jika suami meminta sesuatu cepatlah bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan buat acuh tak acuh.

5. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah mengenyuk, membebel atau marah-marah kerana perkara ini. Lebih baik memasak lauk kegemarannya daripada dia makan ala kadar sahaja. Tentu hati anda akan lebih sakit.

6. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri sama ada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan merasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh si isterinya.

7. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

8. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

9. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bpa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baru diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

10. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau denagn isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai Allah SWT.


insyaAllah..

perihal wanita..



salam..hye blog
being women is definitely not easy rite?..it's quite tough esp when it comes to dealing with the crazy sales all around ..we love all the things and did not make it favourable for just one item..arghh..u just name them... shoes,tudung,baju kurung, diamonds,gold-ies, handbags, purse-bags and shoulder bags and online selling really gives us a channel to do it frequently..i am proud to declare myself not a shopaholic girl type yg every month got something to buy just in the name of "hasil usaha titik peluh sebulan:)"..but lately i found myself to be easily attracted to many beautiful things yg regenya boleh tahan dan buatkan I pk manyak kali untuk beli..tp still i include them all in my wish list sebelum pencen..so i got many years untuk kumpul duit to purchase mereka2 itu..but what are some of the wishlist yer...mungkinkan hajat akan tercapai jila start menabung dr sekarang??

1.coach handbags---------------- a designer handbags yang sgt tempting untuk dibawa ke mana2.yup,sgt jelly2 kalo tgok women wears these handbagssss....btw,dieorg keja ape ek?hahaha