Friday, March 19, 2010

ukuran kebaikan seseorang..

kita selalu terbiasa mendengar ungkapan yang sgt syahdu seperti ini

"lelaki yang baik untuk wanita yang baik".


ungkapan ini bukanlah pepatah atau petua orang tua tetapi termaktub d dalam surah an nur ayat 26 yang juga mempunyai maksud seperti di atas..ia juga selalu digunakan oleh kawan2 sayer apabila ingin memujuk si polan si polan yang ditinggalkan oleh pria pujaan mereka dengan harapan mereka tidakla bersedih sesangat n sayer akui memang agak sedap bunyinya lebih2 lagi kiter bagi org perasan dieorang ni baik dan jejaka2 itulah yang durjana..hahaha


berbalik kepada persoalan mengukur kebaikan lelaki mahupun perempuan itu,sayer sedikit tertarik dgn kata2 seorang pujangga moden bernama H.M tuah iskandar yang menginformkan cara atau tips untuk mengenali lelaki2 yang baik di zaman moden ini...tip2 itu berbunyi begini....
*

*

*

*
ini ialah antara panduan2 yg diberikan oleh beliau dalam blog.."Dia"itu merujuk kepada lelaki-lelaki..

*1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.

2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.

3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.
Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek beginimasih patut dicurigai?



ok..abis sudey bab mengenali lelaki baik skrg tiber masa untuk kenal wanita yang baik...apakah ciri2 yang perlu ada dlm diri wanita untuk menjadikan die wanita yang baik yang akan dijanjikan lelaki yang baik itu?adakah dengan bertudung dan solat 5 kali sehari semalam itu sudah cukup untuk ditabalkan wanita yang baik?bagaimana dengan wanita yang bertudung,solat cukup tetapi mmpunyai sifat hasad dengki yang sgt membara setiap kali melihat kesenangan org lain ?adakah itu juga adalah wanita yang baik?bgaimana pula dengan perempuan yg tdk bertudung tetapi sgtla baik budi pekertinya,menjaga hubungan sesama manusia dan yang penting tdk ader PHD itu dlm hati beliau..bolehkan kiter melupakan "kebaikan"itu sekelip mata?

peringatan:
entry ini hanyalah ingatan untuk sayer yang kadangkala banyak melakukan kesilapan yang berpunca dari hati......

*bagi tafsiran ayat an nur di atas,kita perlulah merujuk sejarah penurunan ayat tersebut terlebey dahulu agar anda akan lebey fahami maksud tersirat..dan ayat tersebut hanyalah ayat rujukan semata2. sayer bukan berniat untuk menghuraikan maksud kedalaman ayat itu...harap maklum.



4 comments:

  1. "lelaki baik untuk perempuan yang baik.."

    makin dekat cuba ke arah sana, makin jauh rasanya diri nk jadi spt itu..

    ReplyDelete
  2. apakah maksud kamu itu,kudenn?tk paham..

    ReplyDelete
  3. :) xpaham eh haha aku pn susah nk explain haha xpe nxt time

    ReplyDelete
  4. cett...biler mane ko jadi org yg susah explain nih,kudenn?hahaha..ok2 next tyme plz story mory akt aku k..aku sudi jadi pendengar setia,,,wakaka

    ReplyDelete