Saturday, October 30, 2010

ups and down....

kehidupan ini kdg kala menuntut kiter untuk berasa iri hati dengan kesenangan dan kebahagiaan org lain lantas kiter mula mempersoalkan tentang keadilan Maha Esa kepada hambaNYA..Sayer adalah salah seorang dr makhluk jenis nih..shame on you,ain..

apabila sayer melihat seorang wanita cantek,kurus,ramping dan mempunyai kehidupan serba lengkap,sayer mula berasa alangkah bahagianyer menjadi perempuan itu dan mula membanding2kan dier dgn sayer yg serba kekurangan.apabila sayer berjalan ke sana dan ke sini,dan melihat betapa ramainyer org mampu memiliki harta yg serba mewah,sayer mula mencongak duit tabungan sayer yang semakin hari semakin nipis..(mcm maner sayer nk kawen???).dan apabila melihat kawan2 sayer sudah mula melangkah ke alam baru dan berbahagia dengan life mereka,sayer pula tertanyer naper ler sayer nih tak kawen2 lagi..hahaha..iyernyer bukan kerana rupa,harta serta lambat atau cepat jodoh itu tapi tentang perasaan yang tdk penah berpuas hati dan selalu merendah2kan diri sendiri..maaf,sayer mmg org melayu sejati..yeyyy..clap clap dan sekarang,perangai ini mula menjadi virus dan hampir merosakkn hubungan sayer dgn insan2 terchenta yang berada di sekililing..

dan apabila tunang sayer memberitahu tentang semua ini,sayer mula realize something yg sayer tdk perasan slama ini..ketidaksyukuran sayer pada benda2 yg berlaku dan ketahap ngomelan sayer yg menjadi2..owh...sayer sgt malu dan berasa tersedakk terus..btul,slama nih mulut ini slalu mengomel tentang segala2nyer,,,,baik dr segi kehidupan harian mahupun layanan dier kepada sayer..segala2tidak kena pada mata sayer walaupn hakikatnyer terlalu banyak benda2 yang dia telah buat dan berkorban untuk hubungan ini..sayer menyalahkan kesibukan dier walhal kesibukan itu lah yang perlu ader untuk .....cr duit nak kawen ler..hoho...sayer masih tdk berpuas hati dan mula berperangai seperti budak2 yang mahukan sepenuh perhatian..padehal dah umor 25 dan muker berkedut sket!uwaaa..yg plg teruk,sayer membanding2kn dgn org lain yang dilihat begitu bahagia..tp adakah mereka btul2 bahagia sebenarnyer?jeng jeng jeng..sayer pernah mendapat satu renungan dr tunang sayer di bulan ramadhan yg mulia,sebelum kiter menuding jari pd org lain(yakni tunang sayer),pernah kah sayer terpikir adakah sayer telah memberikan layanan yang samer dan sweet pada dier?smlam pon sayer mendapat satu pukulan kata2 pedas drnyer smpai sayer berasa sgt terpukul..tetapi alhamdulilah,dier membuatkan sayer berasa sedau diri yang amat tentang perangai sayer yang agak ler tdk munasabah.

owhhh,,,tunang sayer adalah seorang yang sgt tajam berkata2 dan sgt pedas..spanjang sayer mengenalinyer,terlalu banyak kata2 nyer yang menusuk jiwa terus smpai tertusuk lalu sayer mau menangis..hahaha..mmg sgt berbisa apabila dier mmberi nasihat dan maka,padan muker la sayer sokmo..dier akan slalu memberi renungan dan kata2 azimat sampaikan sayer terus tersenyap,terdiam dan terkelu kerana tidk boley melawan balik..tp sumer benda yang dier bgtau,mmg btul ahhh..ishkkkkk..


sayer mau smbung entry nih lagi pada esok hari kerana sudah mengantukk..

Tuesday, October 19, 2010

tarikh yang manis

tarikh baek untuk berkahwin..copy drpd sorang blogger nih.mebi bole dijadikan panduan dan peluang untuk berdebat dgn tunang sayer:)




01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir. - tarikh bertunang

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat. - tarikh berkahwin

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Selain tu, jika bulan Islam pulak hanya bulan Muharram sahaj yang dilarang dari melakukan sebarang kerja2 pernikahan sebab bulan Muharram adalah bulan kesedihan.